Pink Bobblehead Bunny

Wednesday 30 March 2016

Pemergian Insan Tercinta Bergelar PAPA...

Views
~السلام عليكم~ ~~بسم الله الرحمن الرحيم~~

tebal nya debu di BLOG CP ni...
setebal rindu CP pada PAPA CP..

Hari itu... (29 MAC 2015)
CP tak tidur seusai subuh...( biasanya tidur je...ish2....)

tinggal seminggu je lagi untuk membuat persiapan utk program ke luar negara..
pagi itu.. CP sibuk online sebab nak cari baju sejuk untuk ke sana..

handphone CP , CP selalu silent je.. dan waktu itu pula CP charge..
kedudukan CP pulak membelakangkan charger..

biasalah wanita kalau dah menghadap online shopping.. lamanya... ya Allah..
tak perasan lansung...

sehingga lebih kurang jam 7.55pagi macam tu..
CP tergerak hati untuk tengok HP..

'adek-syira calling'

CP pon.. eh ada apa adik call ni...baru nak angkat dah misscall..
ada 24 missed call..

'eh ada apa ni sebenarnya'

kemudian ada no baru call..
CP pon angkat lah... curious pulak...

'akak...(crying).. susahnya nak call kau ni....(crying).dari tadi aku call kau....

CP : kenapa ni?? weh kenapa? (nada agak tinggi dari yang mula2)

'.....dah tak ADA....(crying)

CP : sapa yang TAK ADA??? (TERKEJUT, terjerit..dan sebagainya)

'kakak... ni acik ni (ustazah kot.lupa dah)... kak yan, dengar ni... PAPA DAH TAK DA..

CP : Allah...(crying)

'kak yan balik sekarang ye... ada orang hantar tak?'

CP : (crying)... ada2... kite balik.. kite balik..(suara agak tinggi)...

----letak gengangan telefon..

Allah.. aku menjerit sekuat aku mahu..
menangis sekuat aku mampu.. tangisan yang mengejutkan roomate ku..

'kenapa ni eizyan? terpinga-pinga...

CP : papa.. kenapa papa tinggalkan akak?? kenapa papa?? kenapa papa tinggalkan akak...
kan dah janji nak jumpa minggu depan... kenapa papa tinggalkan akak.. (laungku beberapa kali)

CP : mek hantar aku balik rumah... ayah aku dah xda...
mek : jom.. pergi siap.. sabar eizyan.. sabar...

(roomate = mek = fazilah..)
hantar pesanan ke beberapa orang dan mengajak seorang kakak untuk teman menghantar CP pulang..

CP rasa dunia ini gelap..  pemikiran merewang entah ke mana ..
segalanya tentang insan bernama papa itu terbayang2 di kepala..

sepanjang perjalanan, kak haza dan fazilah bergilir menenangkan aku..
membiarkan aku cerita semua nya nikmat indah bersama papa...
assikin pula kami tinggalkan di Universiti untuk menguruskan segala urusan aku disana..

kak meera waktu tu pulang ke rumah. sempat aku membuat panggilan kepadanya untuk memberitahu padanya..
suara2 itu membantu CP menjadi lebih kuat dan tenang..
CP menangis semahunya sepanjang perjalanan...

msg bertalu2 masuk...
call bertalu2 juga untuk tahu keberadaan CP..

sampai diseparuh perjalanan..CP terfikir...
abang sulung sudah dijemput Allah juga... kini papa...
jadi tanggungjawab besar dibahu CP dan mama...
CP sebagai anak yang paling tua...

air mata diseka.. terus memikirkan bagaimana cara CP bertemu adik-adik di nanti...

jasad papa dibawa ke hospital...

setiba diperkarangan hospital...
ramai orang dah memenuhi kawasan bilik jenazah di sana...
mata CP meliar mencari wajah2 yang sedang diuji.. (keluarga CP)...
tangan kawan CP digenggam..CP mengigil....

CP tarik nafas dalam2.. tahan air mata semampu mungkin.. melangkah bertemu adik2..
adik-adik meluru ke arah CP..
kami berkumpul dan mendakap erat masing-masing..
CP berlagak tabah seperti tiada apa.. meminta adik-adik tidak menangis..
senyuman aku ukirkan walaupun pahit..

wajah sorang-sorang adik-adik CP lihat dalam...
cuma Allah tahu apa perasaan CP ketika itu..
CP mencari mama..
mama seperti terkulai layu... CP hiba..
CP tahu mama sudah kehilangan ayahnya, anak sulungnya dan kini suami tercinta.. 

mama kelihatan sangat lemah..
tubuh mama CP dakap kemas... mengharap bertambah kekuatan dari pelukannya..

CP diarahkan pulang ke rumah kerana tiada yang menguruskan urusan di rumah..
pada mulanya CP menolak.. kerana mahu disamping mama sehingga jenazah papa dibawa pulang..

tapi mama berkeras meminta CP pulang.. kerana ramai saudara mara yang akan sampai , sahabat2 papa, guru2 dan semua kenalannya..

CP akur setelah diizinkan menatap wajah kaku seorang insan yang mengalir dalam diri CP akan darahnya... terbujur di pembaringan..
jasad mulia yang mengerah keringat membesarkan CP dan adik-adik..

CP pulang ke rumah... penuh nya rumah dengan kenalan papa...
segala urusan di bantu oleh sahabat2 papa..
tapi semua nya bertanya pada CP dahulu..
saat itu CP tersedar..

'eizyan...kau lah memikul tanggungjawab itu kini'

dulu waktu atuk pergi.. papa yang uruskan. waktu abang pun sama...
papa uruskan semuanya.. yang CP tahu.. menangis sahaja..

kini.. kesedihan itu CP buang jauh2.
tunjuk lagak tabah setabah mungkin.. seka semua air mata..
tiada titisan mengalir lagi.. seperti tiada apa berlaku..

CP pura-pura kuat. segala urusan cuba dilakukan sebaik mungkin..
saat CP rasa sebak.. CP ubah jadi gelak tawa..
cuba bergurau kelat bersama sahabat dan adik-adik..

panjang lagi ceritanya..
yang pasti CP melihat semuanya didepan mata..
dari papa dikeluarkan dari bilik jenazah... dimandikan..
dikapankan..dikebumikan semua di hadapan mata CP..

hanya CP, mama dan adik lelaki sahaja berpeluang melihatnya..

air mata seperti kering.semenjak CP sampai dihospital sehingga papa dikebumikan...
pelik juga. walhal CP terlalu sedih..

wallahi terlalu sedih..

antara adik beradik yang besar2 ni.. CP paling rapat dengan papa..
pasti antara yang paling sedih adalah CP kan..
tapi mungkin kerana CP yang paling tua.. kesedihan itu terpaksa CP jauhkan sejauhnya..
supaya adik2 tidak merasainya..

sudah setahun lamanya peristiwa ini berlaku..
Allah.. masih terasa hangat pelukan papa.
masih terngiang-ngiang nasihat papa supaya CP meneruskan pelajaran diwaktu CP rasa nak berhenti belajar..

alhamdulillah pada tarikh yang sama , CP berada di tempat yang sama.. 
di Universiti Teknologi Malaysia... tapi dengan pengajian yang berbeza..
atas nasihat emas papa..
CP dapat habiskan pelajaran dan menyambung ke peringkat sarjana..

rindunya CP pada papa.. tak dapat diungkapkan..
cuma pada Allah CP meminta..
agar diakhirat kelak papa dan abang menjadi orang mulia..

akak nak jumpa semua balik..
CP janji pada diri akan berusaha yang terbaik untuk membawa diri CP kepada redha Allah agar papa dan abang serta ahli keluarga yang lain mendapat bahagiannya..
korang doakan CP ya..

terima kasih jiran2 tetangga yang bertungkus lumus membantu..
sahabat FAKE ,sahabat2 KJAS , pengetua KDSE, sahabat-sahabat adik2..

-al-fatihah untuk papa : mohd nor bin daud...
-al fatihah untuk abang kandung CP : ammar'irffan bin mohd nor

2.51am
kolej datin seri endon, utm skudai...

 



gambar waktu raya terakhir kami bersama papa....