Pink Bobblehead Bunny

Wednesday 6 February 2013

mama, papa..jasa mu...

Views
~السلام عليكم~ ~~بسم الله الرحمن الرحيم~~

walaikumussalam...
Cp nak wat entry kali ni.sbb ALLAH bagi CP latihan sikit..
tapi Cp xbetah(xtahan)
jadi nak share sikit lah..



ALLAH..
ketika perasaan ingin membina mahligai dunia yang akan menghasilkan mahligai terindah di syurga menyelubungi diri..
ALLAH memberi aku latihan..
papa dan mama tepaksa keluar kawasan.. berusaha yang terbaik untuk memenuhi segala keperluan isi rumah..
berbekalkan wang ringgit yang ditinggalkan..
menjaga 3orang adik...
melakukan kerja2 sebagai seorang suri rumah..ia sangat berat..
adik2 yang sudah mampu melakukan pelbagai perkara sendirian..
cuma kadang2 kerenah nakal nya perlu diawasi..
ia terasa amat berat sekali..
tidak terbayang keperitan,kesusahan..
payah jerih papa n mama menjaga kami semasa kecil..
kerenah kami yang pelbagai...kehendak yang melebihi kemampuan..
dengan ketika itu bilangan kami 6orang dengan dugaan kesempitan hidup...
mereka tetap tabah...mereka juga manusia.. mampu mengeluh..
tapi mereka memelihara fitrah itu..mengurusnya dgn baik..

papa,mama..
membanting tulang serta kudrat mereka siang dan malam..
pernah juga kami hanya makan ubi kayu.. nasi dan kicap..
kami mengeluh..mereka merintih..
usaha dan terus berusaha memberi kesenangan..
pakaian mereka.. tidak berganti..
pakaian kami.. sering berganti...
gaji sahaja.. pasti ada barangan baru untuk kami..
sedangkan mereka..dari kami kecil sehingga lah sudah meninggalka alam persekolahan.. baju itu masih dikenakan di badan mereka..

terbayang ketika mereka sibuk menguruskan abang yang diduga ALLAH..
tabahnya papa mencari duit.. keletihan ditolak tepi..
kuatnya mama menjaga di hospital berbulan lama nya..yup.. sendirian..
memberi sepenuh tenaga menjaga abang..
kesakitan yang di alami umpama hilang entah kemana.. demi memastikan anak sulung mereka
tidak merasa kesakitan yang di alami..

dugaan ALLAH berlanjutan dgn pemergian abang..
benar ALLAH menyayanginya..
pukulan yang sangat hebat mereka tempuh..
kesedihan mereka sorokkan.. demi membahagiakan kami.
jika di ikutkan kesedihan.. mungkin hidup ini x boleh diteruskan..
tetapi kerana kami.. mereka terus sembunyi..memendamkan perasaan mereka..

tetapi ALLAH tidak pernah meninggalkan hamba-NYA..
rezeki mencurah..termasuklah rezeki hidayah..
keluarga ku lebih dekat dengan Ya Rabb...
tangisan pemergian abang berubah menjadi redha dan syukur...
pemergian orang yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik..:)

ALLAH memberi pelbagai kemudahan dan jalan untuk kami mengubah kehidupan kami dengan lebih baik.

sepertimana janji ALLAH..

Di dalam surah Al Insyirah ayat 5 dan 6, dua kali Allah berfirman bahawa dalam kesusahan itu ada kesenangan.

ayat 5 - "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

ayat 6 - "Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"



ALLAH meringankan sebahagian kesulitan mereka..
kini hanya diduga dengan kenakalan kami..
aku diberi merasainya seketika..
tetapi mama berhadapan dgn nye selama ini.. tapi senyuman tetap dibibir..
rintihan hanya pada Ya Rabb...
papa ku juga begitu.. perwatakan seakan tiada apa.
tetapi resah hati nya ALLAH sahaja mengetahui.


terhinggap sebentar dalam fikiran ku...
bagaimana keadaan ku jika aku diletakkan di tempat mereka..
menyelusuri kesusahan untuk kebahagiaan?
sedangkan aku x mampu untuk ke pasar tani..
tinggal di kampung untuk seminggu juga aku x mampu..
apakah aku mampu menjadi hamba-NYA yang masih bersyukur jika diuji dgn kesusahan..?
tidak... tidak mampu sama sekali..
ALLAH meletakkan kan aku hanya 3minggu.. dengan setitik ujian dari ujian yang mereka perolehi..
tapi sedikit pun aku x mampu bertahan..
bagaimana mereka tabah?
rahsia ALLAH kan..

kemewahan.. keindahan..semua dari ALLAH tapi atas usaha hamba-NYA..
atas usaha gigih mereka..
ALLAH..
perasaan bahagia memiliki dua insan paling berharga ini x mampu di ungkap kan..
jasa memang x mampu dibalas..hanya mampu mencuba menjadi asbab mama n papa peroleh bahagia yang kekal abadi..
maafkan anak mu yang banyak kerenah dan selalu melukai kamu..
mencuba mencari syurga dunia dan akhirat untuk membalas jasa mu..
mama n papa.. akak sayang mama n papa kerana ALLAH.











anakmu yang amat mengasihi mu..

 

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..
cik kiah..cik piah..'WINK...WINK..' cik panda..
jom bebelkan cik panda (^^,)